Set Permainan Matematik
Nama Permainan : Mari Bermain Boling
Objektif : Mereka dapat membina ayat matematik bagi operasi tambah dan tolak. (boleh digunakan untuk kemahiran mengenal nombor dan menulis angka dalam perkataan)
Bahan : Botol Mineral, bola, pen marker, papan tulis kertas jawapan dan
kad nombor.
Cara Permainan:
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Permainan ini akan dimainkan serentak dan masa yang ditetapkan adalah lebih kurang 5 - 8 minit.
3. Setiap kumpulan bermain dengan menjatuhkan botol-botol mineral tersebut mengikut giliran seorang demi seorang.
• Daripada satu balingan, murid akan hanya memilh dua nombor sahaja. Contohnya, botol yang dapat dijatuhkan bernombor 4,7, dan 8. Murid memilih nombor 4 dan 8. Berdasarkan nombor yang dipilih, murid akan membina ayat matematik. Contohnya bagi operasi tambah, 8 + 4 = 12 ataupun 8 – 4 = 4 bagi operasi tolak.
4. Murid tersebut akan menulis jawapan mereka pada kertas jawapan yang disediakan.
5. Masa tamat. Guru akan menyemak kertas jawapan bagi setiap kumpulan. Markah akan diberikan pada jawapan yang betul.
• Jika terdapat ayat matematik yang sama dalam satu kumpulan, jawapan hanya diterima sekali sahaja.
6. Kumpulan yang mendapat mata paling banyak akan dikira pemenang.
No comments:
Post a Comment